Ini 7 Langkah MUDAH Jika Mahu Mulakan Sebuah Bisnes Burger Yang Menguntungkan!
Bisnes burger adalah antara model perniagaan paling popular di Malaysia. Kenapa? Sebab kos permulaannya sangat rendah dan mudah untuk menarik pelanggan, terutamanya pada waktu malam. Tambahan pula, burger adalah antara makanan yang paling digemari rakyat Malaysia kerana murah, sedap dan mengenyangkan.
Bayangkan jika anda mampu menjual 200 biji burger sehari, anda boleh menjana keuntungan harian sekitar RM600. Dalam sebulan? Itu sudah RM18,000. Dan itu hanya dari satu gerai tepi jalan sahaja!
Dengan lokasi yang betul, rasa burger yang unik, dan pelanggan tetap yang setia, tiada mustahil untuk anda jana lebih daripada jumlah ini. Malah, ramai peniaga burger berjaya membuka beberapa cawangan dan membekalkan sendiri patty serta sos ke gerai-gerai lain. Potensi bisnes burger memang tidak boleh dipandang ringan.
Jika anda serius mahu menceburi bisnes burger, berikut adalah 7 langkah mudah yang anda wajib ikuti untuk mula melangkah dengan yakin.
Langkah #1: Cari Lokasi Strategik
Lokasi adalah segala-galanya dalam bisnes burger. Pilih tempat yang ramai orang lalu-lalang, seperti kawasan perumahan, universiti, pasar malam atau berdekatan kawasan tumpuan ramai. Lokasi yang betul boleh bantu anda capai sasaran jualan harian dengan mudah.
Langkah #2: Kenali Golongan Sasaran
Siapa pelanggan anda? Pelajar? Pekerja kilang? Atau orang bujang yang tak sempat masak? Dengan mengenali siapa pembeli sasaran anda, anda boleh sesuaikan harga dan menu mengikut bajet serta cita rasa mereka. Ini membantu dalam memastikan jualan sentiasa konsisten.
Langkah #3: Rancang Identiti Bisnes Anda
Jangan hanya jual burger kosong tanpa identiti. Rancang konsep gerai, nama jenama, dan susun atur menu. Branding memainkan peranan penting untuk menarik perhatian dan menjadikan gerai anda mudah diingati oleh pelanggan.
Langkah #4: Dapatkan Modal dan Kelengkapan
Modal tak perlu besar, cukup untuk beli gerai mudah alih, dapur, alat memasak, dan bahan asas burger. Jangan lupa bajet untuk bungkusan, sos, dan bahan mentah yang berkualiti. Anda juga boleh mula kecil dahulu dan tambah kelengkapan apabila jualan sudah stabil.
Langkah #5: Daftarkan Bisnes Anda
Pastikan bisnes anda sah di sisi undang-undang. Daftarkan perniagaan dan dapatkan lesen berniaga daripada pihak berkuasa tempatan. Pamerkan lesen dengan jelas di gerai anda, ini memberi keyakinan kepada pelanggan dan elak disaman oleh pihak berkuasa.
Langkah #6: Bentuk Pasukan yang Boleh Diharapkan
Berniaga sorang-sorang memang mencabar, jadi mulakan dengan mengupah ahli keluarga atau rakan terdekat yang boleh dipercayai. Bila bisnes makin berkembang, barulah ambil pekerja sepenuh masa. Pastikan mereka faham standard rasa dan servis yang anda tetapkan.
Langkah #7: Buat Marketing Gila-Gila!
Jangan tunggu pelanggan datang, anda perlu jemput mereka! Gunakan WhatsApp Group penduduk kawasan, iklankan di Facebook, dan edar flyers. Kalau rajin buat promosi menarik seperti “Beli 2 Percuma 1”, lagi cepat gerai anda dikenali. Jangan lupa jaga kualiti, supaya pelanggan bukan saja datang, tapi akan kembali.
Faktor Kejayaan Dalam Bisnes Burger
Untuk pastikan bisnes burger anda berjaya, beberapa faktor penting perlu dijaga:
- Lokasi yang strategik
- Rasa burger yang sedap dan unik
- Pengurusan kewangan yang baik
- Operasi bisnes yang sistematik
- Pengurusan pelanggan yang mesra
Dan yang paling penting? Ilmu!

Tanpa ilmu yang betul, bisnes burger anda mungkin suam-suam kuku. Tapi dengan ilmu yang tepat, anda boleh cipta empayar burger sendiri yang menjana lima angka sebulan, walaupun berniaga di tepi jalan.
Sumber Ilmu Terbaik Untuk Bisnes Burger Anda
Kalau anda benar-benar mahu belajar tentang bisnes burger dari A sampai Z, anda boleh berguru dengan peniaga burger yang berjaya. Tapi kalau anda jenis pemalu atau tak cukup masa, anda boleh belajar secara online melalui ebook “Panduan Bisnes Burger”.
Ebook ini dikarang oleh Encik Afiq, anak kepada Dato’ Rusly (Chef Li), penulis buku “Jutawan Senyap” dan pengasas Pondok Industri Darul Tijary. Lebih 15,000 usahawan makanan telah dilatih melalui kursus masakan beliau.
Dalam ebook ini, anda akan pelajari:
- Potensi sebenar bisnes burger
- Strategi rahsia untuk capai keuntungan lima angka
- Panduan pilih lokasi, urus operasi & kewangan
- Teknik pemasaran gempak untuk tarik pelanggan
- 7 kesilapan maut yang wajib dielakkan
Dan banyak lagi!
BONUS PERCUMA:
- Resepi Patty Burger Power
- Panduan Membina Stall Burger
Tiba Masa Ubah Hidup Anda!
Dengan ilmu yang betul, strategi yang mantap, dan kesungguhan yang tinggi, anda boleh bina bisnes burger sendiri yang bukan saja menguntungkan tapi juga stabil untuk jangka panjang.
Jangan tunggu lagi. Ini peluang anda untuk cipta kehidupan yang lebih baik!
Pelajari ilmu sebenar bisnes burger di sini
