Kisah kejayaan Tao Kae Noi bukan sekadar tentang makanan ringan, tetapi simbol semangat juang seorang anak muda yang enggan menyerah kalah. Jenama snek rumpai laut dari Thailand ini kini terkenal di lebih 30 negara. Namun, bagaimana segalanya bermula?
Nak cuba snek Tao Kae Noi sendiri? Klik sini untuk dapatkan pelbagai perisa eksklusif dengan harga terbaik.
Asal Usul Tao Kae Noi
Pengasas Tao Kae Noi, Itthipat Peeradechapan, atau lebih dikenali sebagai Tob, memulakan perjalanannya tanpa pengalaman perniagaan atau pendidikan tinggi. Pada usia 17 tahun, dia meninggalkan sekolah dan mula menjual makanan ringan seperti buah berangan panggang dan mi segera.
Namun, titik perubahan berlaku apabila beliau mendapat idea untuk menghasilkan rumpai laut goreng yang unik. Selepas beberapa eksperimen di dapur keluarganya, beliau berjaya menghasilkan produk pertama yang mendapat sambutan hangat.
Produk Tao Kae Noi mula dijual secara rasmi buat kali pertama di rangkaian 7-Eleven Thailand, iaitu kedai serbaneka terbesar di negara itu. Mendapatkan tempat di rak 7-Eleven merupakan kejayaan besar, kerana ia membolehkan produk itu mudah diakses oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, dan inilah detik penting yang melonjakkan nama Tao Kae Noi ke arus perdana.
Dari sinilah permulaan kejayaan Tao Kae Noi yang sebenar.
Strategi Perniagaan yang Membuahkan Hasil
Salah satu faktor kejayaan Tao Kae Noi ialah fokus kepada pasaran tempatan terlebih dahulu. Top memastikan produknya menepati cita rasa rakyat Thailand, rangup, berperisa, dan mudah dinikmati.
Setelah berjaya menawan pasaran domestik, beliau mula menembusi pasaran antarabangsa seperti Jepun, Malaysia, Korea Selatan, dan China. Selain itu, pembungkusan yang menarik serta penggunaan maskot comel Tao Kae Noi menjadikan produk ini mudah dikenali dan digemari oleh pelbagai lapisan umur.
Perhatian terhadap kualiti, inovasi rasa, serta keunikan jenama telah meletakkan Tao Kae Noi dalam kelasnya tersendiri di pasaran makanan ringan Asia.
Pencapaian Luar Biasa Kejayaan Tao Kae Noi
Tahun 2015 merupakan salah satu kemuncak dalam kejayaan Tao Kae Noi apabila syarikatnya disenaraikan di Bursa Saham Thailand (SET). Ini merupakan pencapaian besar bagi seorang usahawan muda yang memulakan bisnes dari dapur rumah.
Kini, Tao Kae Noi Food & Marketing PLC menjual pelbagai jenis produk, bukan sahaja rumpai laut tetapi juga makanan ringan lain seperti snek kentang dan mi segera berperisa.
Produk mereka boleh didapati di lebih 30 negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Filipina, dan negara-negara Timur Tengah.
Jangan lepaskan peluang nikmati snek viral dari Thailand ini! Dapatkan sekarang klik di sini.
Cabaran dan Ketabahan
Walaupun nampak seperti kejayaan yang mudah, Tao Kae Noi pernah menghadapi cabaran seperti kekurangan bekalan bahan mentah, isu peniruan produk, dan persaingan dari jenama besar.
Namun, Tob berjaya mengharungi semua ini dengan strategi perniagaan yang fleksibel serta kecekalan dalam memimpin pasukannya. Beliau terus menyesuaikan produk dengan kehendak pengguna dan memperkenalkan inovasi baharu bagi mengekalkan minat pelanggan.
Kejayaan Tao Kae Noi Inspirasi Kepada Generasi Muda
Kejayaan Tao Kae Noi telah menjadi inspirasi kepada ramai usahawan muda di seluruh Asia. Kisah hidup Itthipat turut difilemkan menerusi filem Thailand berjudul The Billionaire, yang memaparkan perjalanan beliau dari seorang remaja biasa kepada jutawan muda.
Filem ini memberi mesej penting, kejayaan bukan hanya milik orang yang cemerlang dalam akademik, tetapi milik mereka yang berani mencuba dan tidak takut gagal.
Daripada perniagaan kecil di dapur rumah hingga menjadi empayar snek global, kejayaan Tao Kae Noi membuktikan bahawa tiada impian yang terlalu besar untuk dikejar. Ia adalah kisah tentang keberanian, ketekunan, dan kepercayaan terhadap produk sendiri.
Snek rangup, halal dan sedap untuk semua peringkat umur. Klik pautan ini untuk beli Tao Kae Noi hari ini.
Hari ini, Tao Kae Noi bukan sekadar jenama makanan ringan, ia menjadi simbol harapan kepada mereka yang ingin mengubah hidup melalui keusahawanan.
